28/12/2017

Mahathir Dan Anwar Punca Kegagalan Ekonomi Dulu?



Menteri Kewangan II Johari Ghani mendedahkan disebabkan kehilangan forex RM31.5 bilion milik BNM kesan daripada salahlaku Mahathir dan Anwar, kerajaan terpaksa memindahkan pegangan saham di dalam Telekom dan Tenaga Nasional Berhad ke BNM dengan harga yang nominal iaitu RM1 seunit saham dan saham tersebut kemudiannya dinilai semula oleh BNM iaitu RM22.30 seunit bagi saham Telekom dan RM19.30 seunit saham TNB yang kemudiannya dijual semula.

Ini bermakna kerajaan telah menjual semua pegangannya di dalam TNB dan Tenaga bagi menutup kerugian BNM.

Tambahan pula, BNM terpaksa menjual sahamnya di dalam Malaysian Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 seunit saham yang kemudiannya membawa kepada keruntuhan MAS.

Satu lagi maklumat yang didedah oleh beliau ialah BNM juga telah menjual sahamnya di dalam MISC dengan harga RM10 seunit saham (bukannya RM8 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini) kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sedangkan harga pasaran saham tersebut ialah RM9.35 seunit.

KWAP dikatakan telah membayar RM2.2 bilion kepada BNM atas 30% pegangannya di dalam MISC pada tahun 1994 – sebahagian daripada usaha BNM untuk menutup kehilangan wang akibat perjudian wang asing.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Mirzan Mahathir KPB-Perdana telah menawarkan untuk membeli saham MISC dengan harga RM6.50 seunit pada tahun 1997 – bermakna kehilangan yang besar kepada KWAP dalam tempoh 3 tahun selepas mereka membayar harga yang tinggi bagi membeli saham dari BNM.

Bagaimanapun, disebabkan Krisis Kewangan Asia menyebabkan Mirzan tidak meneruskan usaha kerana berdepan dengan masalah kewangan juga.

Akhirnya, KWAP menjual pegangan sahamnya di dalam MISC kepada Petronas dengan harga yang tidak didedahkan dan lebih tinggi dari RM6.50 seunit sebagaimana yang telah ditawarkan oleh Mirzan. Bagaimanapun harga tersebut berkemungkinan besar lebih rendah dari kos KWAP iaitu RM10 seunit saham tetapi kita tidak mengetahuinya kerana perkara ini tidak pernah didedahkan kepada umum.

Ironinya, Petronas telah digunakan oleh MISC untuk menyelamatkan Mirzan Mahathir disebabkan beliau menghadapi masalah kewangan yang teruk akibat hutang luar yang meningkat.

Begitulah, betapa banyaknya salahlaku peniagaan yang melibatkan sejumlah institusi semasa zaman Mahathir – kebanyakkannya melibatkan anak-anaknya dan kroni beliau.

Dana kerajaan dan Petronas terus dirobek demi faedah Mahathir dan gengnya.

Sumber : LSS

No comments:

Post a Comment