21/03/2018

Video - Keadaan Empangan Disahkan Azmin Ada Air 100%?



Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (keTTHA) Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menafikan dakwaan bahawa krisis air di negeri Selangor berpunca daripada sabotaj pihak tertentu yang menutup paip utama sehingga menjejaskan bekalan air ke sebahagian besar kawasan di negeri Selangor.

Menyangkal dakwaan yang tular di media sosial itu, Dr. Zaini berkata dakwaan tersebut merupakan ulangan tuduhan yang sama pernah tular sekitar tahun 2013 dan 2014.

Cubaan untuk menyembunyikan ketidakcekapan kerajaan Selangor dalam menguruskan konsesi air, seakan cuba untuk menyalahkan kerajaan persekutuan berkaitan krisis yang timbul.

“Mengikut kapasiti reka bentuk, rizab margin simpanan air di Selangor pada tahun lalu adalah kosong peratus. Faktor ini dikenal pasti antara penyumbang utama masalah bekalan air di Selangor.

“Jika berlaku kerosakan loji, paip pecah atau kenaikan permintaan mendadak seperti di musim perayaan, kemungkinan kawasan tertentu di Selangor mengalami gangguan bekalan air adalah tinggi.”

Dr Zaini sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa krisis air Selangor berpunca daripada margin simpanan air yang tidak mencukupi dan berada pada tahap kosong peratus.

K7L : Alamak....Azmin tengok empangan mana?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk