19/03/2018

Komen Terbuka Rakyat Kepada @AzminAli - #SuaraHatiRakyat



Komen menarik netizen terhadap Azmin yang viral di media sosial.

"YAB MB DS Azmin Ali, tak bolehlah begini DS..

Tak bolehlah setiap kali jadi isu, jawapan DS adalah ajak bergocoh (bertanding). Sama macam KM Pulau Pinang.. Bila ditanya pasal isu terowong, ajak bergocoh.

Kalau DS dan rakan-rakan DS boleh bantai 1MDB bertahun-tahun, apa DS sebagai kerajaan sekarang tak boleh dikritik ke? Kurang-kurang DS, isu 1MDB tu ada tubuh PAC, ada 'roadshow' buat penerangan, masuk wawancara TV, wawancara radio.

1MDB tu sampai sekarang saya percaya ianya 'corporate blunder'. Tapi yang penting saya tengok ada usaha pembetulan. CEO depa tukar, business depa restructure, loan repayments depa buat, kebajikan pun depa bagi. Oh jangan lupa Menara TRX dan Bandar Malaysia pun nak siap dah.

Masalah air ni bila DS? Dah bertahun ni. Yang terbaru SYABAS kata mungkin ada pemotongan lagi sebab depa tak dapat bayar TNB.

Bandar Malaysia siap. MRT siap. Kem Sendayan siap. Mansuh tol siap. Lebuhraya tanpa tol siap. Semua yang DS dan kawan DS tembak dah siap DS oi.. DS masalah air pun tak settle, mintak KM Pulau Pinang, kawan DS 'feasibility studies' terowong bawah laut pun tak ada DS.. Bayar RM300 juta tu untuk sekeping kertas yang tak wujud lagi...

Bila orang kata masalah air ni membebankan, macai, cybertrooper dan pemakan dedak DS keluarkan balik video masalah air dekat Pahang tahun 2013. Dahlah berita zaman tok kaduk, itupun dah lama selesai DS oi...

Bila orang kata masalah air lebih kritikal dari 1MDB, macai DS gelakkan. Tapi hakikatnya isu air Selangor ni jauh dari selesai, manakala apa yang 1MDB rancang satu-persatu nak dekat siap DS oi...

Susahlah gini DS, tak tau nak cakap apa.

Orang cakap sikit, kata politik. Walhal ni isu air ni.. Taulah DS banyak zombi yang depa minum, mandi, makan dan lap berak guna laporan 1MDB. Tapi janganlah sampai yang betul-betul terbeban ni pun jadi mangsa..

DS lain kali pilih yang kata masalah air tu tak sebesar 1MDB, bagi laporan 1MDB tiap-tiap bulan. Yang kami kata masalah air tu besar, DS bagi air k? Setuju?

Sudah-sudahlah tu DS bila tiap kali orang tegur, ajak bergocoh. Kelakar.."

K7L : Sentap sendiri kena sindir bab air..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk