09/02/2018

Kenapa Azmin Ali Tidak Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah?



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu berlagak sombong kononnya pentadbiran beliau bersih sehingga enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerana terbukti beberapa kes penyelewengan dan salah guna kuasa sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, serbuan SPRM dalam skandal melibatkan Pemerbada­nan Menteri Besar (MBI), Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan Universiti Selangor (Unisel) serta beberapa laporan lain antaranya isu penjualan tanah di Ijok membuktikan betapa pentadbiran Mohamed Azmin memerlukan dokongan integriti daripada pihak SPRM.

Pada masa yang sama, beliau turut menyelar sikap Mohamed Azmin yang tidak menghormati undang-undang serta ins­titusi seperti SPRM, sedangkan suruhanjaya tersebut dibentuk bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini.

“Dia (Mohamed Az­min) jangan ingat pembangkang ini malaikat? Macam maksum sangat hingga tidak ada salah. Sepatutnya perlu ada pihak ketiga yang melakukan proses semakan dan yang terbaik dalam isu rasuah ini adalah SPRM. Jadi, janganlah nak menga­-
buri mata rakyat dengan sikap ego, se­olah-oleh mereka ini te­lus sehingga tidak perlu menandatangani IBR.

“Jika telus dalam soal integriti mengapa sejak akhir-akhir ini ada beberapa kes yang telah dilaporkan kepada SPRM? Skandal MBI hingga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri terkejut, isu pembe­lian tanah di Ijok dan banyak lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Kebajikan Negara 2017 peringkat Selangor di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Kemajuan Selangor, Datuk Mohd. Rosli Ramli dan Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri, Mohammad Hanafi Maulud.

Isnin lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sekali lagi melahirkan kekecewaan beliau terhadap sikap Mohamed Azmin yang bukan sahaja enggan menandatangani IBR malah seperti 'melarikan diri' daripada kempen antirasuah dan salah guna kuasa apabila tidak memenuhi jemputan yang diberikan meskipun program itu dilangsungkan di Selangor.

Mengulas lanjut, Noh berkata, Mohamed Azmin sepatutnya berasa malu dengan kenyataan beliau sendiri yang mendakwa pendekatan kerajaan negeri dalam memerangi rasuah adalah lebih baik daripada dilakukan SPRM kerana sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri pernah membangkitkan soal salah guna kuasa dalam pentadbiran Selangor.

“Saya tahu dia tidak mahu tandatangan kononnya nak tunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan negeri bersih dan tak perlukan IBR pun, tetapi yang persoalkan kepimpinan Mohamed Azmin dalam kalangan PKR ini, bukan setakat Rafizi sahaja, malah Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) sendiri pun ada buat laporan kepada SPRM,” katanya.

Tetapi sekurang-kurangnya dia sendiri percaya bahawa kalau dia tandatangan bermakna segala gejala rasuah yang sedang dijalankan akan terbongkar. Apapun kita minta pihak berkuasa jangan tutup sebelah mata.

Jika MB itu datang daripada BN, seluruh keluarga sampai moyang dihina bagai. Tetapi kalau daripada pembangkang bukan main senyap lagi. Apapun kita tunggu dan lihat sampai bila tupai bisa melompat.

K7L : Jangan salah lompat nanti jadi sampah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk