05/02/2018

Dram Penuh Tragis Pakatan Selangor - PKR Dan PAN RetaK?



Tiba-tiba ada drama menarik hujung minggu ini, sang pelakonnya adalah pemimpin-pemimpin politik yang sedang bertelagah, berebut hak masing-masing, lebih tepatnya berebut kerusi nak pilihan raya. Ada sedikit elemen lawak sebab sejak dari awal, mereka ini semua jadi kawan baik.

Hero utama namanya Azmin Ali PKR, tak puas hati bila Izham Hashim Amanah, watak kedua cakap buruk pasal puaknya. Maka Izham gelar Azmin ‘joker’, Azmin gelar Izham tak amanah.

Masuk pula pelakon-pelakon tambahan konon nak back up Azmin, mereka pun seronok menggelar puak Izham ‘parti 2%’, parti ‘1.5’ malah sinis kata orang tak kenal pun siapa Izham dan Amanah. 

Ramai tengah tunggu klimaks drama sebabak di Selangor. Kalau nak lawan, lawanlah betul-betul. Tapi, kalau lepas tu hero berjabat dan tersenyum dengan orang yang dia lawan tu, nampaknya ada drama di sebalik drama lagilah...

“Bila gelar-menggelar sudah bertukar nada menjadi hina-menghina, alamatnya hubungan kedua-dua parti politik ini bagi retak menanti belah,” kata penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusuff.

K7L : Drama sangat... 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk