05/02/2018

Arab Saudi Kejam Laksanakan 5% VAT Yang Mirip GST?



Saya tertarik dengan perkongsian pengalaman sahabat saya, abang Mohd Faisal Rohban yang sedang menunaikan ibadah umrah ketika ini mengenai harga makanan yang tinggi serta dikenakan VAT (GST) sebanyak 5%.

Walaupun kurang 1% daripada GST di negara kita, namun yang membezakan ia adalah ketiadaan syiling yang mengakibatkan harga dibundarkan kepada nilai riyal terdekat. (Rujuk ke posting beliau di capaian berikut FB Faisal Rohban

Berbeza juga dengan Malaysia, sebelum ini negara kita mempunyai cukai sedia ada SST 6% dan 10% sebelum mengantikan sistem percukaian tersebut kepada GST 6%.

Rakyat Arab Saudi pulasebelum ini tidak dikenakan sebarang bentuk cukai barangan dan kali ini dikenakan cukai VAT 5%. Dalam tempoh 2 hari pelaksanaan terdapat 247 kesalahan yang dilakukan oleh peniaga kerana menaikkan harga dengan terlalu tinggi.

Pelaksanaan VAT 5% ini juga didatangkan bersekali dengan polisi kerajaan Arab Saudi yang ingin mengurangkan subsidi terhadap harga minyak yang mengakibatkan harga minyak meningkat sebanyak 83% ke 127%. (Rujuk: Express.co)

Apa yang menarik perhatian saya mengenai posting ini adalah di ruangan komentar apabila adanya akaun penyokong pembangkang bernama Hasanin Hidir meninggalkan komentar seperti berikut, “Memang bangang pun....nk di bandingkn cukai di antara kedua negara....rakyat arab saudi tu...takat cukai cmtu diorg pejam mata je le...adoiiii...”

Terdetik untuk saya melakukan carian mengenai insiden kemiskinan di negara kita dan membandingkan ia dengan negara Arab Saudi.

Pertama, saya mendapati melalui artikel terbitan website Al Arabiya yang memetik artikel Saudi Gazette menyatakan bahawa World Bank melaporkan negara Malaysia merupakan negara kedua yang mempunyai kadar kemiskinan terendah di dunia manakala Arab Saudi berada di kedudukan ke-10. (Rujuk capaian Al Arabiya)

Kedua, carian juga menemukan saya dengan pelbagai jurnal, laporan, artikel mengenai ketidakseimbangan kekayaan di Arab Saudi yang mana jurang antara miskin-kaya terlalu jauh. Kadar pengangguran yang tinggi dan harga rumah yang terlalu tinggi sehinggakan banyak penempatan haram (setinggan) dibuka sehingga 5km berdekatan Riyadh.

Rujukan 1: Eaworldview.com
Rujukan 2: Saudi Poverty
Rujukan 3: The Guardian

Terdapat juga satu video dokumentari yang menceritakan tentang masalah setinggan di Arab Saudi. Youtube

Seterusnya saya juga mencari data mengenai insiden kemiskinan di Malaysia dan menemui data yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang mencatatkan kadar kemiskinan bermula dari tahun 1970-an sehingga 2016 yang menunjukkan penurunan drastik dari 49.2% pada tahun 1970 sehinggalah 0.4% pada tahun 2016.

Setiap tahun kadar kemiskinan menurun kecuali pada tahun 1999 (Krisis ekonomi di zaman Tun M) yang mana ia meningkat sebanyak 2.4% (1997 - 6.1% | 1999 - 8.5%).

Tahun 1999 merupakan satu-satunya tahun yang mana kadar kemiskinan ini melanjak naik dan tidak mengikut trend graf yang sentiasa menurun. (Capaian: epu.gov.my)

Saya tidak berniat untuk membanding-bandingkan antara negara kita dan Arab Saudi tetapi sebagai pembuka mata kepada penyokong pembangkang untuk sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian Illahi ke atas bumi bertuah Malaysia ini serta menggunakan sedikit kemahiran untuk mencari maklumat terlebih dahulu sebelum sesuka hati melemparkan tuduhan sedemikian.

Untuk makluman, telefon pintar yang digunakan pada hari ini adalah 32,600 kali ganda lebih pantas dan berkuasa daripada komputer yang digunakan oleh NASA untuk meletakkan manusia di bulan pada 20 Julai 1969.

Sangat rugi dengan kuasa yang ada ini, telefon pintar hanya digunakan untuk menyebarkan fitnah, menyebarkan kebencian dan memaki hamun.

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

Sumber : [Raziz Rashid]

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk