01/01/2018

Hadi Jawab Mahathir Isu Mufti Senyap Kes Memali?



PAS hari ini menyerang balik dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad  yang telah menuduh mufti tidak mempersoalkan fatwa yang disifatkan estrem sebagai punca berlakunya tragedi berdarah Memali di Kedah pada 1985.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pentadbiran bekas perdana menteri itu dulu dihimpit dengan campur tangan dalam pelbagai institusi negara, termasuk institutsi agama.

“Mufti juga hendak dipaksa, daripada mereka bercakap, mereka berdiam diri pada masa itu. Itu lebih selamat,”  - DS Abdul Hadi Awang

Mahathir berucap sebagai pengerusi di Perhimpunan Agung PPBM berkata kegagalan mufti menyangkal fatwa ekstrem yang dikeluarkan Hadi membawa kepada tragedi Memali.

Dalam tragedi itu, 4 anggota polis dan 13 penyokong seorang guru agama yang rapat dengan PAS, Ibrahim Mahmud, terkorban dalam operasi untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, selepas beliau dituduh menyebarkan ajaran sesat.

Hadi berkata, Mahathir merupakan doktor perubatan dan bukannya ahli hukum syarak, disebabkan itu bekas perdana menteri itu tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut kemahuannya.

Menurut Hadi, apabila campur tangan kuasa berlaku, ketua polis negara tidak boleh bertindak dengan tepat, dan hakim dipecat, begitu juga mufti. Mahathir sebelum ini menuduh Hadi sebagai antara punca peristiwa di Memali, dengan merujuk sebahagian teks ucapan Hadi yang disebarkan pada 1980an dan dikenali sebagai “Amanat Hadi”.

“Dia petik ucapan saya selama satu jam lebih, dia petik dalam sepuluh baris, tidak sepatutnya berlaku mengambil petikan tanpa mengambil penjelasan adalah tindakan salah. ini semata-mata kepentingan politik,” kata Hadi.

Hadi dalam ucapan itu didakwa mengatakan PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah. Amanat itu dituduh sebagai punca orang Melayu berpecah kepada PAS dan Umno sehingga menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir, solat 2 imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.

Tambah Hadi, PAS sendiri sudah bersetuju untuk bermuzakarah pada 1980-an dan sedia untuk berdebat dengan Umno dan disiarkan secara langsunng di televisyen. “Mahathir pada masa itu cabar PAS berdebat dengan Umno dan PAS sedia berdebat dengan Umno secara ilmiah disiarkan di televisyen. Lalu mereka tetapkan tajuk, tarikh, dan juga pengerusi tanpa berunding dengan PAS.

“Kita terima semuanya untuk berbincang supaya rakyat tahu dan dengar penjelasan kita secara langsung. Malangnya debat itu tidak jadi dan muzakarah juga tidak jadi,” katanya.
PAS sebelum ini menggesa kerajaan menyiasat semula tragedi Memali untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama mereka yang tidak bersalah.
Kerajaan sebelum ini berkata akan meneliti cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selepas maklum balas pelbagai pihak, termasuk PAS.

K7L : PAS akan perangi PPBM sehabis-habisnya?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk