13/01/2018

Agenda Rahsia DAP Di Sebalik Pencalonan Tun M?



APABILA Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara jika mereka berjaya memenangi PRU ke-14, apakah yang dapat anda baca sebenarnya?

Politik ada seni dan tipu-helahnya, iaitu termasuk bagaimana untuk memanipulas, mengelirukan dan mempengaruhi minda orang ramai. Ia juga soal bagaimana mahu membentuk persepsi-persepsi dalam minda masyarakat sesuai dengan maksud mereka. Sesuatu yang buruk pun boleh diolah menjadi baik melalui perang saraf politik ini.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mencapai matlamat politik ini.

Dalam konteks politik Malaysia hari ini, banyak telahan boleh dilakukan apabila Tun Dr Mahathir telah diangkat sebagai bakal Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan.


Sama ada Tun Dr Mahathir yang berjaya memanipulasi pembangkang yang selama ini memusuhi beliau atau pembangkang yang telah berjaya mengeksploitasi beliau, telah menjadi perbahasan terbuka.

Siapakah yang mengeksploitasi siapa? Itu mungkin antara perdebatan pro dan kontra. Sebaliknya, apa yang tidak disedari oleh orang ramai, yang mungkin cuba disembunyikan oleh pembangkang, khususnya DAP, adalah matlamat sebenar di sebalik pencalonan ini.

Politikus memang saling memanipulasi sesama sendiri. Masing-masing memiliki kepentingan sendiri.

Ambil DAP sebagai contoh, mereka memang mempergunakan ahli-ahli politik Melayu untuk menumbangkan parti pemerintah yang diterajui oleh orang-orang Melayu. Mereka tidak mungkin dapat melakukannya secara sendirian. Untuk menjebak burung, perlukan burung sebagai denak/umpan.

Bayangkan jika bukan Dr Mahathir yang dicalonkan, siapa pula yang lebih sesuai dengan misi mereka untuk meraih sokongan rakyat?

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, sementara Datuk Seri Wan Azizah pula adalah seorang wanita. Dalam minda orang ramai, mereka masih belum dapat menerima wanita sebagai Perdana Menteri.

Jadi, Dr Mahathir adalah pilihan sesuai yang ada bagi mereka. Dr Mahathir boleh dipergunakan untuk meraih sokongan orang-orang Melayu. Tetapi, apakah motif selain tujuan itu?

Jika kita mahu merenungkan lebih jauh, pencalonan Dr Mahathir ini memiliki pelbagai sasaran. Kita tidak sepatutnya fokus kepada batang tubuh Dr Mahathir semata-mata. Ia lebih daripada persoalan itu.

Sebenarnya, terus-terang saya katakan, Pakatan Harapan cuba menjadikan PRU ke-14 kelak adalah perlawanan antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Sri Najib.

Itulah mesej dan imej yang mereka mahu tanamkan ke dalam minda bawah sedar rakyat. Orang ramai akan dikelirukan dengan bercakap, memberi komen dan berteka-teki kewajaran Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara.

Selama ini media-media pembangkang, propembangkang dan bebas telah memberikan imej buruk kepada Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, maka apabila Dr Mahathir dijadikan ketua melawan kerajaan Barisan Nasional, mereka mahu memperlihatkan pertarungan antara dua tokoh ini.

Dalam bahasa yang mudah, pembangkang sebenarnya mahu mengecilkan skop perlawanan, iaitu dengan persepsi bahawa PRU14 adalah perseteruan Dr Mahathir dengan Dato Sri Najib.

Kata dua mereka adalah, siapa yang mengundi Pakatan Harapan adalah mengundi Dr Mahathir, dan sesiapa yang mengundi Barisan Nasional adalah mengundi Dato Sri Najib.

Pembangkang tidak mahu anda memikirkan perkara lain. Dengan pelbagai persepsi buruk yang mereka letakkan kepada kerajaan, pelbagai isu-isu rumit yang tidak difahami rakyat, mereka mahu memaksa anda memilih antara dua tokoh ini.

Nampak ringkas permainan perang saraf ini. Mereka mahu meletakkan keadaan ini ke dalam minda orang ramai. Jadi, apa mesej mereka? Apa sebenarnya yang terselindung?

Ia adalah soalan yang mudah. Orang ramai akan lupa melihat secara keseluruhan konteks politik Malaysia. Pilihan sudah dihadkan. Apabila imej PRU14 diperlihatkan sebagai perlawanan antara dua tokoh ini, orang ramai akan lupa dan terkeliru dengan realiti politik Malaysia yang sebenar.

Jadi, saya mahu membersihkan pemikiran anda di sini, bahawa PRU ke-14 nanti bukanlah pertarungan antara Dr Mahathir dengan Dato Sri Najib. Ia adalah pertarungan antara Pakatan Harapan yang pro-DAP dengan Barisan Nasional yang pro-Melayu. Ia adalah perlawanan DAP ke atas UMNO untuk menghapuskan penguasaan politik orang-orang Melayu dengan menggunakan orang Melayu itu sendiri.

Ya, jika anda memilih calon Pakatan Harapan, anda bukan memilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi anda sebenarnya telah menyerahkan kuasa politik di negara ini kepada DAP.

Bagaimana DAP menguasai Pakatan Harapan, anda sendiri ketahui bahawa kerusi pembangkang terbesar hari ini adalah milik DAP, malah perkara ini telah banyak kali saya tuliskan sebelum ini, bahawa DAP adalah pencatur sebenar Pakatan Harapan.

Hal inilah yang DAP tidak mahu orang ramai ketahui. Mereka cuba mengaburkan pemikiran orang ramai dengan meletakkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka. Orang ramai akan fokus kepada Dr Mahathir dan melupakan motif sebenar pencalonan ini. Orang ramai tidak akan nampak lagi bahawa PRU14 adalah percubaan DAP untuk menghakis kuasa politik orang-orang Melayu.

Perkara ini jelas, bahawa mengundi Pakatan Harapan adalah sama seperti mengundi DAP. Dan mengundi DAP adalah mengundi untuk menjatuhkan kuasa politik orang-orang Melayu di negara sendiri.

Persoalan sama ada kerajaan Barisan Nasional menyeleweng atau sebagainya, ia adalah persoalan lain yang boleh dibahaskan dalam tulisan lain. Persoalan di sini adalah, jika anda mengundi Pakatan Harapan, suka atau tidak, anda sebenarnya telah menyumbang kepada penghapusan penguasaan politik orang-orang Melayu di negara ini.

Maka, itulah keadaan sebenar PRU14 nanti, iaitu ia harus dibaca sebagai perlawanan DAP cuba menghapuskan penguasaan politik orang-orang Melayu dengan menggunakan orang-orang Melayu itu sendiri.

Dan DAP cuba mengelirukan perkara ini dengan meletakkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara, sedangkan perlawanan sebenarnya adalah lain. Itulah cita-cita utama orang-orang bukan Islam (DAP) di negara ini, menumbangkan kuasa politik orang-orang Melayu.

Oleh: AZMAN HUSSIN

K7L : Bukan menakut-nakutkan tetapi realiti.. nak jadi Singapura?..Melayu hanya tinggal nama..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk