23/06/2016

1.5 Bulan Bonus Gaji Kerajaan Negeri Selangor Nampak Mewah? Disebaliknya Ini Tersembunyi!




Ini merupakan sedikit penjelasan daripada seorang rakan FB yang dikenali dengan nama pena EM. Kena faham pasal bonus penjawat awam ini. Berbaur politik tapi tak dapat dielakkan.

Kerajaan Persekutuan (BN) + Kerajaan Negeri BN + Kerajaan Negeri PAS = RM 500 seorang. Bos-bos besar tak dapat.

Kerajaan DAP Selangor = 1 bulan + 1/2 bulan gaji

Kerajaan DAP Penang = 3/4 bulan gaji


Maka ramai lah yg buat perbandingan, malah ada yg kata punca dapat RM 500 sebab Kerajaan Persekutuan nak bankrup

Yang penjawat awam terutamanya Selangor pula puji melambung Kerajaan Negeri mereka, dengan dakwaan hasil negeri dipulangkan semula kepada rakyat. Namun mereka tak nampak yang bos bos besar pun dapat bonus yang lebih banyak.

Berapa jumlah penjawat awam persekutuan vs penjawat awam negeri selangor/penang? Adakah kerajaan selangor/penang turut menanggung kos rakyat lain seperti hospital, pendidikan dsb? Selain cukai tanah, pintu dan perniagaan yang naik saban tahun di selangor/penang, tol2 di selangor dan penang juga dimiliki oleh kerajaan negeri.

Siapakah yang sebenarnya menikmati faedah maksimum bonus tersebut di selangor dan penang? Rm500 bantuan hari raya hanya untuk penjawat awam persekutuan bawah gred jusa. Dengan kata lain, untuk persekutuan bos tak dapat bantuan raya, tapi di selangor dan penang, tidak dinyatakan secara jelas siapa yang dapat dan tidak. Kalau semua merasa bonus 1 1/2 bulan gaji, maka MB dan exco kerajaan negeri lah yang paling untung sekali (sila semak kenaikan terkini gaji MB, exco dan wakil rakyat di selangor)

Di mana letaknya hasil negeri yang kononnya dipulangkan semula kepada rakyat kalau hanya segelintir sahaja yang bermewah dengan kekayaan hasil negeri selangor dan penang? Patutlah majlis perbandaran semacam rakus merobohkan perniagaan kecil orang Melayu, bak kata kawan, dapat dedak lebat.

Bukankah bonus 1 1/2 bulan atau 3/4 bulan ini seumpama rompakan terancang licik untuk berhari raya setelah kenyang dengan 'komisen' projek pembangunan sepanjang tahun sehingga menyebabkan nilai hartanah menjadi tidak masuk akal?

Penjawat awam persekutuan berjumlah lebih kurang 2 juta orang. Seorang penjawat awam secara purata mempunyai sekurang kurangnya 4 orang keluarga terdekat iaitu ibu, bapa, isteri dan anak. Maka bonus RM500 ini sebenarnya memberikan manfaat bukan hanya kepada 2 juta penjawat awam, tetapi kepada sekurang-kurangnya kira kira 8 juta rakyat Malaysia atau 4 dari 15 rakyat malaysia. Ini baru namanya GST atau hasil lain Kerajaan dipulangkan kepada rakyat.

Berapa pula nisbah penjawat awam selangor/penang dengan rakyat selangor atau penang? Berbaloikah cukai dan tol yang dibayar selama ini?

K7L : Jangan termakan suapan pembangkang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk