11/01/2016

LGE Akui Kenal Razali Tapi Tak Berani Saman Razali?



Lim Guan Eng tidak menafikan bahawa beliau mengenali Mohamed Razali Abdul Rahman.
Sebaliknya, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan Mohmed Razali adalah bekas pegawai khas beliau.

“Saya ingin mengatakan bahawa ini adalah fitnah jahat oleh parti PAS yang mereka petik bahawa Razali adalah bekas pegawai saya.

“Beliau (Razali) tidak pernah menjadi pegawai (saya), diambil bekerja dalam apa-apa jawatan,”katannya kepada pemberita semalam.

Lim mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk menjawab kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang merumuskan pendedahan yang pernah diutarakan oleh Mohamed Razali.

29 Disember tahun lalu Dr Mohd Zuhdi merumuskan tiga isu penting Mohamed Razali seperti berikut :

1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Selain menafikan jawatan Mohamed Razali secara spesifik, jawapan Lim seterusnya bercorak umum dan bekecenderungan untuk mengalih isu dengan menyerang pihak lain.

1. Isu pertemuan dengan duta/wakil Israel

Tuduhan Razali

Razali mendakwa beliau pernah mengikuti rombongan Lim Guan Eng ke Singapura berjumpa dengan duta/wakil Israel di republik itu

Sewaktu berbincang, wakil Israel telah bersetuju untuk memberi dana sebanyak 300 juta USD pada PRU yang ke 13 dan Lim Guan Eng telah berjanji akan menyerahkan Port Dickson sebagai pangkalan baharu tentera Israel sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada PRU 1tu.

Jawapan Lim

“Saya tidak faham mengapa PAP dikaitkan dengan saya. Saya tidak pernah jumpa pemimpin Israel.

“Malah ada pemimpin yang salam dengan pemimpin Israel tak jadi hal. Saya tidak pernah jumpa pemimpin Israel jadi hal.

“Saya tidak pernah jumpa pemimpin Israel di Singapura ataupun di mana-mana.
“Bahawa DAP mendapat RM1.2 billion itu adalah fitnah jahat.

“Saya harap PAS boleh tunjukkan bukti. Mengapa kita yang tidak terima satu sen pun jadi hal. Ada yang terima RM2.6 billion tidak jadi masalah.”

2. Mohamed Razali mendakwa beliau bersama kumpulan G17 dilatih oleh pakar perisikan Israel, namun Lim tidak menjawab isu ini.


Difahamkan Lim hanya bersedia menjawab isu dana RM1.2 billion dan pangkalan tentera Israel setelah berbincang dengan Pengerusi Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo.

Sementara itu bapa Lim yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali.

“Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP menyifatkan(Mohamed Razali) Abdul Rahman tidak layak untuk disaman dan dibawa ke mahkamah tetapi lebih sesuai untuk dimasukkan ke hospital mental,”lapor malaysiadateline.com

 

Hujah Kit Siang hampir sama dengan hujah Guan Eng iaitu Mohamed Razali bukan pegawai anaknya itu.

“Apabila seseorang itu boleh berbohong tentang jawatannya dengan mendakwa sebagai bekas pegawai khas Ketua Menteri sedangkan itu satu pembohongan, kita boleh bayangkan sama ada beliau boleh dipercayai apabila membuat dakwaan liar kononnya Israel menawarkan RM1.2 bilion kepada DAP pada PRU lalu sebagai imbalan kepada pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson – sedangkan tiada seorang pun mengetahui rahsia besar itu selain beliau,” kata Kit Siang.

K7L : Samanlah Razali... cakap belakang...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk