21/10/2012

[Video] Pelajar Sekolah Agama Rakyat Diperguna Oleh Lim Kit Siang?




Video dimana sekumpulan pelajar, dan kepimpinan pas melakukan demontrasi menuntut bantuan kepada SAR daripada bajet 2013 diParlimen. Pelajar sekolah agama dipergunakan untuk meraih undi pakatan, Ini adalah perkara yang tidak betul. Tetapi Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri telah tutupkan mulut mereka :



KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pembangkang khususnya PAS perlu mengenepikan fahaman politik dalam usaha memartabatkan sekolah agama rakyat (SAR) serta menjaga kebajikan pelajarnya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha menjaga kebajikan SAR secara lestari dalam tempoh jangka panjang akan lebih mudah dilaksanakan jika PAS boleh membantu SAR berdaftar dengan kementerian.

"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. Saya dah buka tawaran ini sejak dulu, lebih mudah untuk kita bantu bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan. Kalau itu boleh dipersetujui untuk kebaikan pembelajaran dan pengajaran...maka daftarlah. Kita boleh bantu secara terancang.

"Saya kemuka cadangan itu supaya diterima oleh mereka tapi malangnya sebahagian besar anggap tak boleh, tak mahu bersama dengan kementerian kerana dia anggap kementerian ini BN punya. Ini bukan soal politik...kalau boleh buat, boleh kurang masalah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


K7L : Dah offer..daftarlah..yang PAS tak payah nak jadi hero..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk