30/10/2012

[Video] Mat Sabu Ziarah Pemimpin Syiah Yang Bunuh Orang Sunni?



Tahniah MyMassa dan GAP kerana berkongsi video Mat Sabu melawat dan bermesra dengan Bashar Al-Assad. Revolusi di Syria berbeza dengan negara arab yang lain kerana rakyat di Syria ditindas dengan kejam. Di Malaysia tak ada yang dicabut kuku atau diseksa apabila turun berdemonstrasi!

Siapa Bashar Al-Assad? Dia adalah pemimpin syiah yang menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk dibunuh. Dia juga berperangai seakan firaun. Bayangkan Surah Al-Ikhlas diubah dengan meletakkan namanya :




Dan juga kalimah diubah mengikut citarasanya. Tentera Bashar Al-Assad mengugut dan membunuh rakyatnya sendiri untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemerintah.




Cerita mengenai Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.Selain itu berita bahawa beratus ribu Ahli Sunnah Wal Jamaah dibunuhnya pada peristiwa Hama-1982. Banyak lagi kekejaman dan kepesongan akidahnya selaku syiah tegar dapat dilihat. Anehnya puak PAS semacam tidak percaya Mat Sabu adalah syiah. Dengan adanya video tersebut maka terbuktilah PAS sedang dikuasai oleh golongan syiah.


Memang macam tidak persan dan pastinya Mat Sabu tidak mengaku dirinya syiah kerana syiah terkenal dengan ritualnya iaitu Taqqiyah :

TAQQIYAH RITUAL KAUM SYI’AH


Taqiyah menurut kaum Muslimin adalah sebuah istilah yang pemahamannya hanya terarah kepada satu arti Yaitu “Dusta”. Adapun menurut Syi’ah taqiyah berarti perbuatan seseorang yang menampakkan sesuatu berbeda dengan apa yang ada dalam hatinya, artinya nifaq dan menipu dalam usaha mengelabui atau mengecoh manusia. Taqiyah adalah satu prinsip dari prinsip-prinsip kesesatan mereka. Taqiyah memiliki kedudukan yang luar biasa, mereka telah menempatkannya dalam tempat pengagungan dan pengkultusan, hingga mereka menjadikannya sebagai asas dalam agama mereka, dengan taqiyah seorang hamba akan mendapatkan pahala dan ihsan dari Allah.

Taqiyah adalah satu rukun dari rukun-rukun agama mereka, seperti halnya shalat. Ibnu Babawaihmengatakan:“Keyakinan kami tentang taqiyah itu adalah dia itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan shalat.”[Al-I’tiqadat, hal.114].


Mereka menisbatkan kepada imam keenam Ja’far Ash-Shadiq, dia berkata: “seandainya saya mengatakan bahwa yang meninggalkan taqiyah sama dengan yang meninggalkan shalat tentu saya benar.” [Al-I’tiqadad, hal.114]

Sumber : Abu Salma

Jadi jelas sebenarnya PAS sedang cuba dikuasai oleh syiah melalui Mat Sabu dan konco-konconya. Tidak mustahil Harun Din sedang cuba diusir secara total daripada masuk campur hal ehwal PAS kerana dia bukan syiah. Maka tidak mustahil juga PAS bekerjasama dengan DAP yang anti Islam. Apakah Ahli Sunnah Wal Jamaah sedang diancam di Malaysia? Ini video pembongkaran Mat Sabu sebagai syiah.

   

Haji Hadi juga akui Mat Sabu berfahaman Syiah [Klik Sini].

K7L : UMNO tidak menerima syiah..tetapi sebaliknya bagi PKR dan PAS..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk