28/10/2012

Ronnie Liu & Xavier Dalang Projek Kondo #BatuCaves?



Keris terbaca tentang isu Kondominium Batu Caves. Bertanya kepada rakan daripada MIC, dia minta Keris baca blognya. Dhanyaraam menulis tentang isu ini dan Keris kongsi tanpa mengubah apa-apa ayat :

Pembinaan kondominium disebelah Batu Caves mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. Perkara ini dilapor di TheStarOnline (klik disini) pada hari Isnin yang lalu selepas pengerusi kuil Sri Maha Mariamman Devasathanam , Datuk R.Nadarajah jamin akan membantah projek ini jika ia diteruskan!

Sebab-sebab bantahan :

i) Projek pembinaan kondo ini akan memberi impak kepada struktur bangunan di Batu Caves termasuk 
patung Dewa Murugan yang setinggi 42.7meter.

ii) Keindahan dan keunikan Batu caves akan hilang dengan bangunan 29 tingkat yang bakal dibina itu akan 'kacau daun' pemandangan .


Apabila diminta penjelasan , Exco Kerajaan Selangor Dr.Xavier Jayakumar menyatakan bahawa beliau tidak sedar dan tahu akan projek yang berjalan ini mendapat kelulusan penguatkuasa tempatan. Beliau juga menyatakan bahawa belum ada laporan membantah projek diterima .

Dua hari selepas itu, drama kerajaan negeri bermula :

 
Sumber : The Star 


Ronnie Liu dan Xavier Jayakumar memanipulasi isu ini dan menyalahkan kerajaan sebelum ini!! Sama macam kes Kampung Buah Pala dimana kerajaan BN Pulau Pinang dipersalahkan selepas kampung itu dirobohkan, Penipu Rakyat sekali lagi mengunakan template menipu yang sama dalam hal ini..!!

Fakta yang anda patut tahu :




POINT TO NOTE :

Walaupun Development Order telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Selayang pada 27 September 2007 tetapi binaan tidak dapat dijalankan atas bantahan kerajaan negeri. Maka DO telah luput dengan jangka masa yng ditentukan. Pembaharuan DO dgn struktur plan2 yg telah diubahsuai dan diluluskan oleh Pemangku YDP En.Johari (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar) pada 28 Mac 2008.

Nak tipu lagi ?? nak memperbodohkan rakyat lagi dengan manipulasi? pooodah Anwar!!

Laporan polis sudah dibuat ,kita tunggu dan lihat siapa menipu!!

Klik untuk imej yang jelas 


Pada Keris, sensitiviti agama tak perlu diusik. Tapi inilah sikap Pakatan, mereka akan merompak semuua hak rakyat tetapi semua kesalahan dituduhnya UMNO/Barisan Nasional. Rakyat sudah melihat?

K7L : Melampau sebab mereka dah tak hormat keharmonian di Malaysia..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk