24/11/2017

Bencinya Senator DAP Kepada PAS Begitu Tinggi? - Part 1



Senator DAP, Dr Ariffin Omar berazam mahu melenyapkan PAS sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke -14 demi untuk menyelamatkan Malaysia.

“Jika kamu mahu Malaysia selamat, sila pastikan bahawa PAS dilenyapkan terus (dihapuskan sepenuhnya) dalam PRU akan datang,”kata Ariffin dalam satu kenyataan.

Ariffin merupakan bekas Naib Pengerusi DAP yang dilantik, namun begitu beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu Ahad lalu.

Jika sebelum ini, walaupun tewas dalam pemilihan CEC, namun beliau dilantik Naib Pengerusi DAP (kouta Melayu), namun kini tempatnya telah diganti dengan tokoh lain, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.


K7L : Benci sangat ni? 

Mahathir Tidak Menolak Dakwaan Anwar Peliwat?



Beberapa orang anak muda mendapati tidak semestinya mereka perlu menutupi pertanyaan mereka kepada pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad malam ini agar soalan mereka terlihat lebih manis atau berbunyi lebih sopan.

Antara soalan yang ditanyakan kepada beliau dalam sesi dialog town hall bersama anak muda di Petaling Jaya ialah jika beliau masih berpegang dengan dakwaan beliau bahawa ketua umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah 'melancapkan lelaki lain'.

Bagaimanapun beliau tidak menjawab soalan itu secara langsung. Mahathir memberitahu hadirin pihak polis telah menyerahkan laporan tentang salah laku Anwar kepada beliau tiga tahun sebelum bekas perdana menteri itu ditahan. Malahan pada ketika itu, kata Mahathir beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut. - MalaysiaKini


Ini adalah kenyatan paling baru Mahathir kata pasal kes liwat Anwar. Mari kita kenang semula kata-kata yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. 



"Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.

"Tetapi kemudian saya mendapat surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR) yang saya tidak endahkan tetapi polis memberikan laporan teliti," kata Mahathir.

Malahan pada ketika itu, kata Mahathir beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut.

"Saya mahu mewawancara orang-orang tersebut dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku.

"Selepas itu saya bertanya apa yang kita semua perlu buat. Parti memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku timbalan perdana menteri.

Seteru dua dekad, Mahathir dan Anwar berdamai

"Tetapi melangkaui tindakan polis ketika itu, saya tidak terlibat dalam tindakan polis tetapi mestilah kamu tidak percaya," kata Mahathir.

Mahathir pada September 1998 berkata pihak berkaitan dalam hal itu telah datang memberitahu beliau apa yang terjadi di antara Anwar dan mereka.

Mahathir kemudiannya menjelaskan beberapa perlakuan seks di luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.

Memberitahu sidang akhbar semasa itu, Mahathir ketika itu berkata seorang lelaki memaklumkan kepada beliau bahawa Anwar bukan sahaja meliwat tetapi 'melancapi' dia.

"Saya tidak dapat terima seorang lelaki peliwat akan menjadi pemimpin negara ini," kata Mahathir menjelaskan kisah lama itu.



K7L : Cakap pusing-pusing?..

23/11/2017

Azmin Ali Datang Klang Terus Tolak Rezeki Peniaga?


Kenapa Majlis Perbandaran Klang minta peniaga berhenti berniaga dek kerana nak sambut kedatangan Menteri Besar Selangor? Bukankah lebih untung jika mereka berniaga dan ramai macai-macai MB datang ke kawasan yang belum tentu mereka pernah jejak itu?

Kenapa mesti kacau periuk nasi para peniaga tersebut? Kalau ada pampasan tak apa juga ini main keluar arahan untuk mereka tutup kedai. MB Selangor pun tidak peka dengan perkara ini?

Apapun orang yang menjadi punca dalam hal ini adalah Azmin Ali? Kalau dia tak datang sudah tentu para peniaga boleh menjalankan perniagaan mereka seperti hari-hari biasa.
Nampaknya Azmin Ali ini bukan bawa rezeki tetapi tolak rezeki orang pula?

K7L : Suka puak-puak PKR anti Azmin baca artikel ini..

Mahathir Mengamuk Selepa Dihina Naib Presiden PAS?


 

Permusuhan di antara PAS-Mahathir memang makin meruncing. Kini Naib Presiden PAS YB Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan penuh sentap.

Ternyata PAS sememangnya meletakkan Mahathir sebagai musuh nombor satu mereka selepas PPBM terus menerus menyerang PAS. Kini PAS dilihat semakin berani untuk menyerang Mahathir dan PPBM.

Nampaknya mengamuklah macai-macai PPBM dan YB Datuk Nik Mohd Amar akan menerima kejian daripada konco-konco Mahathir. Kena tegur pasal 12 orang datang Mesyuarat Agung sehingga AGM itu tidak boleh bersidang.

Sudah tentu isu itu sangat sensitif. Kegagalan mereka bukan sahaja memberi kesan kepada parti mereka sahaja malahan ia melibatkan pendaftaran Pakatan Harapan yang gagal dek kerana PPBM dan DAP yang gagal mematuhi undang-undang RoS.

K7L : papun kena sebijik mesti meroyan punya.

Jalan Di Kapar Tidak Berturap - Mana Pergi Peruntukan MARRIS?



Sehingga hari ini kita tidak tahu ke mana perginya wang bantuan MARRIS yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor ole Kerajaan Persekutuan. Kita ambil contoh senarai jalan-jalan kampung yang tidak berturap.

YB Halimah Ali yang merupakan ADUN N45 Selat Klang dan JKKK Dun Selat Klang Seperti tidak pernah wujud. Sudah masuk hampir 5 tahun. Takkan nak Pilihanraya baru nak muncul. Mengapa tiada perubahan dan Azmin Ali kena jawab kemana wang tersebut telah disalurkan?

Berikut adalah antara kawasan-kawasan yang perlu diturap tetapi tidak diambil endah pun oleh YB Halimah dan MB Selangor.

✅Qoryah Kg Delek

1) Lot 11661 Kg Delek Baru
2) Lot 2249 lorong haji ismail, kg delek kiri
3) Lot 4597 Lorong Sarimin Kg Delek Kanan
4) Jalan Tok Sidang
5) Lot 2247 kg delek kiri
6) Lot 3565 jln surau hj sulaiman kg delek kiri
7) Lot 284 jln surau hj sulaiman kg delek kiri
8) Lot 2215, lorong Hjh Rogayah, Kg.Delek kiri
9) Lot 6709 lorong Raja Embun, Kg. Delek Kiri
10) Lot 2234G Lorong shamsudin kg delek kiri ( sebelah lorong madon )
11) Lot 3086 Lorong Haji Abdullah.. Delek kanan
12) Lot 11659 kg delek baru
13) Lot 3103 lorong haji kasbullah, kg delek kanan
14) Lot 3505 lorong haji jasid, kampung delek kanan
15) Lot 3066 lorong tukiban kg delik baru
16) Lot 11668 kg delek baru
17) Lot 3066, Lorong Haji Dariman, Kg Delek Baru...
18) Lot 11673 Lorong Ani, kg Delek Baru
19) Lorong belakang masjid kg delek baru.
20) Lot 3519 Lorong Hj Ramli kg Delek Baru Kanan
21) Lot 3111, Lorong Sarmin, kg Delek Kanan
22) Lot 11658 kg Delek Baru
23) Lot 3508 lorong kamari,kg delek kanan
24) Lot 3106 lorong sukerman kg delek kanan ..laluan kecil dan berlopak
25) Lot 369 jalan JPT, kg delek kiri (dekat dengan Jalan Jepun)

✅ Qoryah Kg Sg Udang

1) Lot 11656 jalan tok sidang
2) Lot 1733 lorong haji rusdi
3) Lot 2181 lorong hjh ramlah dolah kamar
4) Lot 6417 lorong haji alias sg udang (lorong sesu)
5) Lot 2225 Kg Delek Kiri (antara Lorong Mujer n Lorong Suparman)
6) Lot 2221, lorong Suyut, Kg Delek Kiri
7) Lot 2182 lorong jbohari sg udang
8) Lot 3044 jalan bawal sungai udang
9) Lot 231 jalan hassan ,kampung sg udang.
10) Lot 568 Lorong Samsudin Bomba,jalan selamat
11) Lot1077 lorong suradi
12) Lot 3042 Jalan tok sidang
13) Lot 1080 sg udang

✅ Qoryah Kg Telok Gadong

1) Lot 549 lorong assomadiah
2) Lot 496 surau somadiah
3) Lorong 494 lorong hj norudin
4) Lorong hj mokhtar.
5) Lorong 1709 lorong hj kamaruddin mat
6) Lorong hj kadir
7) Lorong lot 494..
8) Lot 503c jln Haji Saad.
9) Lot 501 lorong hj sukor
10) Lorong lot 499
11) Lorong 494 depan kedai Acik Nani .
12) Jln lot 544 jln yadi
13) Lot 495 jalan yadi, Surau Somadiah
14) Lot 552 Telok Gadong Kecil, Surau Miftahul Jannah
15) Lot 513B lorong A&A corner.
16) Lot 557 lorong pak mat
17) Lot 583 Lorong Wak Ramli, Jalan Yadi sebelah sekolah kebangsaan teluk gadong
18) Lot 2159 Jln Hassan, sg udang
19) Lot 11666 kg delek baru(lorong car wash)

K7L : #DuitMarrisHilangRM3Billion

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk